Wednesday, June 10, 2015

QILA? 'tiga' dalam satu jasad..

pada mulanya aku lebih suka orang panggil aku aqil..sebab masa aku kecik,aku memang lasak..so,ibarat nama aqil tu smart lah bagi aku...cehh..
pada mulanya,masa kecik-kecik..aku tak tahu apa itu qila..so,bila aku cari maksud..qila means wanita yang terhormat or kecerdikan.. dan aku harap maknya betul..ahhaha..
aku..aku apa? aku Qila laaa...ada satu benda yang aku nak bagi tahu..kau bangga menjadi "Qila"..sebab bagi aku nama tu W.O.W gila..tapi aku tak tahulah apa kata orang lain kan?
okey,tutup pasal nama aku..bagi aku,aku ada 3 personaliti..hmm..
pertama,seorang yang sopan..serius..aku bukanlah nak puji diri sendiri tapi,serius aku boleh dikatakan gadis melayu terakhirlah jugak..tak bergaul dengan orang luar sangat,tak selalu hang out..tak hang out dengan kawan..ah duduk rumah je..(itu bagi akulah..) sebab aku agak malu sebenarnya.

kedua,aku boleh jadi lasak,ganas..sebab masa aku kecik,aku seorang tomboy..tapi tu masa kecik lah,manalah tahu apa-apa kan? aku boleh jadi sempoi,ikut mood..leh gelak-gelak,guru..and aku suka benda yang lawak..sebab mampu hilangkan stress aku,plus hilangkan stress orang sekeliling aku..hah,aku pun boleh buat suasana bising tau..tu pun kalau ada geng lah..

ketiga,aku suka jadi misteri..ala-ala private investigator gitu..macam detektif conan..mana taknya,bila keluar,asyik nak pakai jaket..so,bila pakai jaket,tangan aku mesti tak lekang dari seluk poket..aku pun tak tahu kenapa..maybe sebab aku minat cerita ala-ala penyiasatan kot..tak tahulah..lagi satu,tak suka orang dedahkan identiti dekat orang..(lebih kepada sukakan penyamaran..perghhh) sometimes,aku boleh jadi pelik..agak pelik..

itu adalah 3 personaliti aku..tak tahulah kalau betul ke tak,tapi aku rasa betul je..(aku tak tahu orang lain fikir aku apa?.) lantak dioranglah..




Tuesday, May 26, 2015

gitar adalah bff aku

kadang-kadang,akibat terlampau bosan,aku jadi buntu. so,aku akan capai benda alah warna oren ini untuk release tension or hilangkan bosan.



aku mula main gitar sejak umur 13 tahun. mulanya,aku main beli je,so aku tak tahu main..sampailah satu masa,pak cik aku yang ajar aku kord-kord basic sampailah aku dah pandai main. honestly,aku tak adalah terror sangat pon main bende oren ni,tapi kalau setakat petik-memetik ni boleh lah..hehehe..
kenapa gitar ek? entahlah,starting si najwa latif tu muncul, tu yang aku terus minat kat gitar..hah,dan pada masa tulah tercetusnya nama 'najwa letop' yang di beri oleh kawan-kawan aku.. (tu pun sebab aku minat najwa latif! )
 banyak jugak experience aku dengan gitar ni, dari mula jari aku ni keras macam batu,sekarang dah lembut dah dok petik gitar..dan dah banyak lagu sebenarnya aku tulis,kompose..dengan kawan pun ada,tapi nyanyi untuk diri sendiri je..nak dengar ke? tak payah!
suara aku ni mahal tau,orang tertentu je boleh dengar..

Tuesday, March 24, 2015

hilang

bila bertentang mata,
dia bagai semut kecil,
bila dia berjasa,
sikit pun tak kesah..
tapi bila kau berjauhan
dengan dia..  tambah
lagi dialah orang yang
paling kau sayang..
kau buka mata,
hati kosong tiba tiba..
mulalah kau tanya..  mana dia pergi?
baru sekarang kau sedar
ruginya dunia tanpa dia..
dia yang kau gelar "Keluarga"


Monday, March 16, 2015

jari menulis..

dulu mungkin guna pensel kayu, 
guna mata pena untuk menulis.. 
ditulisnya atas sehelai kertas.. 
tapi sekarang.. jari kita mampu menulis hanya dengan keyboards yang tersedia dalam smartphone.. tak perlu risau dakwat habis.. tak perlu takut mata pensel tumpul.. 
bagi aku,tulislah apa yang kau suka asalkan tak terguris hati pembacanya..yang penting,kau bahagia..dunia mampu ketawa..  ðŸ˜ŠðŸ˜Š